Sabtu, 11 April 2015

ZARRA SERI 7 INTENSIF

Set Seri 7 Intensif Zarra mengandungi Serum Awrt Muda Rejunevasi & Regenerasi serta Pelindung SPF 55 yang dapat mengekalkan keremajaan dan kejelitaan kulit anda di samping membantu melindunginya daripada sinaran UV dalam masa 7 hari.
Set Seri 7 Intensif Zarra diformulasi khusus untuk golongan remaja sehingga wanita berusia lewat 20-an.
Kandungan:
  1. Seri 7 Serum Awet Muda Rejunevasi & Regenerasi (10 ml)
  2. Pelindung SPF 55 (10 ml)

Kebaikan Set Seri 7 Regenerasi Zarra

  • Memelihara kelembapan dan kelembutan kulit
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit wajah
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Mencegah masalah kulit yang kering, kasar dan kusam
  • Membantu merawat masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Mengatasi masalah pigmentasi
  • Membersihkan liang pori yang tersumbat
  • Membantu melambatkan proses penuaan kulit
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Memudarkan kesan cela seperti parut, bintik-bintik hitam dan jeragat
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran radikal bebas dan sinaran UV
  • Mengekalkan keremajaan kulit anda

Kandungan Set Seri 7 Regenerasi Zarra

Seri 7 Serum Awet Muda Rejunevasi & Regenerasi 5x
Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
Asid Hyaluronic: Asid Hyaluron merupakan karbohidrat yang berfungsi sebagai bahan pelembap kulit yang baik dan membantu memelihara tisu kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering.
Bilberi (Vaccinium Myrtillus): Bilberi tinggi kandungan anthocyanoside yang merupakan agen antioksidan yang berupaya melambatkan proses penuaan serta menggalakkan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit seterusnya membantu meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit. Ia turut kaya dengan vitamin B, C dan E yang mampu mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet (UV) yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
Tebu (Saccharum Officinarum): Di samping enak untuk diambil sebagai minuman yang menyegarkan, tebu juga ternyata kaya dengan kebaikan untuk kecantikan kulit. Ia kaya dengan asid hidroksi alpha yang bersifat antioksidan serta dapat melambatkan proses penuaan di samping turut bertindak mencegah masalah jerawat, mengurangkan kesan cela, serta membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah anda.
Sugar Maple (Acer Saccharium): Tumbuhan yang sering terdapat di Amerika Utara ini kaya dengan kandungan asid hidroksi alpha yang bertindak sebagai agen antioksidan bagi membantu memulihkan kerosakan sel kulit yang disebabkan oleh radikal bebas, seterusnya membantu melambatkan proses penuaan kulit anda.
Oren (Citrus Aurantium Dulcis): Khasiat buah oren tidak terhad kepada kesihatan jasmani sahaja, malah buah yang kaya dengan vitamin C ini sememangnya baik untuk kecantikan kulit. Ia tinggi kandungan antioksidan yang mampu menentang radikal bebas seterusnya membantu mencegah penuaan kulit di samping berupaya menyingkirkan sel kulit mati serta mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam dan kulit kusam. Oren juga berkesan untuk mengekalkan kelembapan dan ketegangan kulit serta mengecilkan liang pori seterusnya memelihara kehalusan kulit di samping membantu mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata seterusnya membantu mencerahkan kulit.
Lemon (Citrus Medica Limonum): Lemon sarat dengan karbohidrat, protein, kalsium, fosforus, vitamin B1, B2, B3 serta pelbagai zat lagi yang terbukti berkhasiat untuk kulit dimana ia membantu mencerahkan kulit, mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan kedutan, mengurangkan kesan parut, menyingkirkan sel kulit mati, mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada kerosakan akibat jangkitan bakteria.
Methylisothiazolinone (MIT): MIT merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang boleh merosakkan produk ini.
Pelindung SPF 55
Air (Aqua): Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
Titanium Dioxide: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
Acrylates/Acrylamide Copolymer: Sebatian ini sering digunakan sebagai bahan penstabil dan pengemulsi yang berperanan melarutkan kandungan di dalam produk kosmetik
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
Biji Macadamia Ternifolia: Ramuan yang kaya dengan asid lemak ini bertindak sebagai emolien yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit anda seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering dan kasar.
Aluminium Hydroxide: Bahan mineral yang turut dipanggil alumina trihidrat ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan sinaran UV seterusnya mengekalkan keremajaan dan kecantikan kulit.
Asid Stearik: Asid stearik merupakan sejenis asid lemak dan sering terkandung di dalam bahan semulajadi seperti koko dan pokok shea. Ia berfungsi sebagai bahan pengemulsi di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Disodium Stearyl Sulfosuccinamate: Di samping bertindak melarutkan kandungan di dalam produk ini, ramuan ini berfungsi sebagai bahan pencuci yang dapat membersihkan permukaan kulit anda daripada kesan kotoran, minyak dan sel kulit mati.
Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
Styrene/Acrylates Copolymer: Sebatian sintetik ini berperanan membentuk filem di dalam produk penjagaan diri seterusnya membantu memelihara kehalusan kulit.
Caprylyl Glycol: Ia merupakan bahan silikon yang menjadikan tekstur kandungan produk ini lebih halus dan mudah untuk disapu pada permukaan kulit anda.
Minyak Putih (Mineral Oil): Minyak putih yang turut dikenali sebagai Paraffinum Liquidum ini terhasil daripada proses penyulingan petroleum serta berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus serta memulihkan luka pada kulit.
Polysorbate 85: Sebatian ini bertindak sebagai bahan pengemulsi dan bahan penstabil dalam produk kosmetik, selain berperanan menenang dan menyamankan kulit seterusnya mengekalkan kesegaran kulit anda.
Pewangi (Parfum): Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegarkan kulit wajah anda.
Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada kerosakan akibat jangkitan bakteria.
Methylisothiazolinone (MIT): MIT merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang boleh merosakkan produk ini.

Cara Penggunaan Set Seri 7 Regenerasi Zarra

Siang:
1. Cuci wajah sehingga bersih dan lapkan kering.
2. Sapu dan ratakan Serum Awet Muda Rejunevasi & Regenerasi pada permukaan kulit wajah dan leher.
3. Sapukan krim Pelindung SPF 55 pada seluruh wajah dan leher.
4. Gunakan Serum Awet Muda Rejunevasi & Regenerasi bagi menggantikan krim siang sekurang-kurangnya selama 7 hari untuk melihat perbezaannya.
Malam:
1. Cuci wajah sehingga bersih dan lapkan kering.
2. Sapu dan ratakan Serum Awet Muda Rejunevasi & Regenerasi pada permukaan kulit wajah dan leher.
3. Gunakan Serum Awet Muda Rejunevasi & Regenerasi bagi menggantikan krim malam sekurang-kurangnya selama 7 hari untuk melihat perbezaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan