Sabtu, 11 April 2015

JUS ABQORI GENIUS

Jus Abqori Genius merupakan makanan tambahan yang bukan sahaja dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan, malah berupaya menggalakkan keupayaan mental agar minda lebih cerdas dan aktif. Jus Abqori Genius sesuai untuk seisi keluarga.
HARGA : RM26.00

Ia diperkaya dengan ramuan semulajadi yang bermutu tinggi seperti kurma, kismis, Habbatussauda, madu, Za’faran, delima, buah tin dan air Zam Zam yang sarat dengan khasiat untuk membantu membekalkan tenaga fizikal dan mental, meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah penyakit di samping memelihara sistem saraf dan organ dalaman agar kesihatan anda sentiasa berada di tahap yang optima.

Khasiat

  • Meningkatkan kecerdasan minda
  • Meningkatkan daya tumpuan dan memori
  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah penyakit
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membekalkan tenaga fizikal
  • Mengurangkan keletihan
  • Membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan
  • Membantu melancarkan pernafasan
  • Memelihara sistem saraf dan organ dalaman
  • Membantu mengatasi masalah kulit
  • Membantu mengatasi sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak stabil
  • Menggalakkan pertumbuhan sel tubuh yang sihat
  • Mencegah daripada kerosakan sel tubuh
  • Mengurangkan tahap kolestrol
  • Mengawal selera makan

Kandungan

Kurma: Kajian sains telah membuktikan kurma sememangnya mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan kita. Kurma berfungsi membekalkan tenaga fizikal dan mental sekaligus membantu meningkatkan keupayaan mental seperti daya tumpuan dan memori. Ia juga kaya dengan serat dan potassium untuk menyeimbangkan kandungan air dalam badan, mencegah dari serangan kanser usus, membantu dalam pembinaan otot serta memelihara sistem saraf.
Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan dan telah terbukti khasiatnya untuk kesihatan fizikal dan mental pemakannya. Ia mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berfungsi memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, mengekalkan tekanan darah, membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan, membantu penukaran karbohidrat kepada tenaga serta membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh. Kismis juga membekalkan tenaga yang seimbang, selain meningkatkan daya tumpuan serta ingatan.
Habbatussauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini berasal dari selatan dan barat daya Asia serta sarat dengan khasiat untuk kesihatan kulit dan tubuh badan manusia. Ia mengandungi Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya ingatan. Di samping itu, Habbatussauda yang mempunyai sifat antioksidan ini turut berupaya melancarkan peredaran darah, meningkatkan tahap stamina dan daya ketahanan tubuh untuk mencegah dari serangan penyakit, serta mengatasi masalah pernafasan.
Madu: Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga, madu berupaya membekalkan tenaga untuk tubuh badan selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Madu juga mampu mencegah serangan jangkitan bakteria sekaligus membantu menggalakkan pemulihan luka dan mengatasi masalah kulit. Selain itu, madu yang bersifat antioksida dan antibakteria ini turut berperanan mengekalkan kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata, memudarkan parut di samping meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.
Za’faran: Turut dikenali dengan nama Saffron, ia adalah sejenis bunga yang mempunyai banyak khasiat dan sering digunakan dalam bidang perubatan. Za’faran kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, menstabilkan tekanan darah dan mengatasi masalah sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak menentu di samping membantu menggalakkan keupayaan mental, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, kering dan kusam seterusnya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit. Bunga ini juga adalah agen antioksida yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekalgius mencegah proses penuaan dan kerosakan sel.
Delima: Buah delima merupakan agen antioksida yang berperanan menentang radikal bebas di samping mencegah daripada kerosakan sel tubuh termasuklah bahagian jantung dan otak sekaligus menggalakkan fungsi otak dan membantu mencegah daripada penyakit Alzheimer. Selain berupaya memelihara kesihatan jantung dan melancarkan sistem pencernaan, buah delima turut mampu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat serta membekalkan tenaga fizikal.
Buah Tin: Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah daripada serangan penyakit.
Air Zam-Zam: Menurut hadis Nabi, air zam-zam dikatakan mampu menjadi makanan yang mengenyangkan di samping membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Ia mengandungi kandungan elektrolit yang sempurna sekaligus membantu menggalakkan fungsi organ di dalam badan seperti menstabilkan kandungan asid dan melancarkan penghantaran oksigen ke semua bahagian tubuh. Air Zam-zam yang kaya dengan kandungan kalsium, magnesium dan fluorida juga membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal, menyegarkan tubuh badan serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan.

Cara Penggunaan

  1. Goncang botol sebelum minum
  2. Mulakan dengan bismillah, istighfar dan 3 kali selawat
  3. Bagi dewasa: ambil 1 hingga 2 sudu besar sebelum sarapan dan makan malam
  4. Bagi kanak-kanak: ambil 1 sudu besar sebelum sarapan dan makan malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan