Sabtu, 28 Jun 2014

IBU PUTIH COLLAGEN DRINK

Ibu Putih Collagen Drink diperkaya dengan kebaikan kolagen marin bersama gabungan susu skim dan koko yang bukan sahaja mampu menyerlahkan keanggunan dan keremajaan kulit dari dalam, malah turut membantu memelihara dan meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh.

HARGA PASARAN: RM70.00
HARGA CUN DEHEART: RM60.00

Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung di dalam hidupan seperti ikan laut dalam mahupun manusia. Seawal umur 25 tahun, kandungan kolagen di dalam tubuh manusia semakin berkurangan. Oleh sebab itu, manusia memerlukan kolagen dari sumber lain bagi melambatkan proses penuaan serta membantu menggalakkan fungsi organ dalaman.
Khasiat kolagen terhadap kesihatan dan kecantikan tidak dapat disangkal lagi. Selain membantu memelihara kekuatan tulang, kolagen turut berupaya menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan. Ia juga berupaya meningkatkan keanjalan kulit seterusnya membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus bagi menyerlahkan keremajaan kulit.

KEBAIKAN IBU PUTIH COLLAGEN DRINK

Untuk Kecantikan
  •          Meningkatkan keanjalan kulit
  •          Meningkatkan kehalusan dan kelembapan kulit
  •          Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  •          Mengecilkan liang pori
  •          Mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  •          Menyingkirkan sel kulit mati
  •          Melambatkan proses penuaan kulit
  •          Mengurangkan kesan parut
  •          Menyerlahkan keremajaan kulit
  •          Menaikkan seri wajah
  •          Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV)
Untuk Kesihatan
  •          Menyingkirkan toksin yang berbahaya untuk tubuh
  •          Membekalkan tenaga tambahan untuk tubuh badan
  •          Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman
  •          Mengatasi keletihan dan kelesuan
  •          Meredakan ketegangan otot
  •          Menstabilkan paras kolestrol dan gula dalam darah
  •          Memelihara jantung dan organ dalaman lain
  •          Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
  •          Menggalakkan pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan
  •          Membentuk tubuh yang lebih ramping
  •          Mengatasi masalah perut buncit
  •          Mengatasi masalah senggugut, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil
  •          Membantu merawat resdung
  •          Menguatkan tulang dan otot

KANDUNGAN IBU PUTIH COLLAGEN DRINK

Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukosa yang memberikan sedikit rasa manis kepada minuman anda. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
Maltodextrin: Sebatian yang dihasilkan daripada kanji ini terdiri daripada molekul glukosa yang berupaya membantu membekalkan karbohidrat dan tenaga kepada tubuh bahan dan menstabilkan tahap gula dalam darah sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit diabetes.
Kolagen Marin:Kolagen dari sumber marin yang boleh diesktrak dari kulit atau sisik ikan air masin ini merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia berupaya meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit di samping menggalakkan proses pemulihan luka, mengurangkan kesan parut dan kedutan serta menentang proses penuaan kulit. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme serta membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Susu Skim:Susu lembu yang telah diesktrak keluar lemaknya ini sememangnya kaya dengan kalsium yang membantu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat, mengurangkan risiko serangan kanser serta mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit. Susu turut berupaya memperbaiki tona kulit agar lebih sekata, mengecilkan liang pori, mempercepatkan pemulihan luka, menyingkir sel kulit mati di samping membantu mengurangkan kesan alahan, kedutan dan garis-garis halus seterusnya menyerlahkan kejelitaan kulit. Selain itu juga, susu skim turut mengandungi vitamin B-kompleks dan asid amino yang berupaya memelihara sistem kardiovaskular, meningkatkan sistem imunisasi dan melancarkan peredaran darah.
Koko:Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksidan yang bukan sahaja mampu memelihara sistem kardiovaskular yang melibatkan jantung, darah dan saluran darah, malah mampu menyerlahkan seri kulit dan melindunginya daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV) serta meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Selain itu, koko juga berupaya mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membantu menyingkirkan toksin sekaligus membantu menyingkir sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat.

CARA PENGGUNAAN IBU PUTIH COLLAGEN DRINK

  1.      Bancuh 2 sudu Ibu Putih Collagen Drink bersama secawan air suam.
  2.      Ambil sebelum sarapan pagi atau sebelum tidur pada waktu malam.
  3.      Boleh diminum sekali atau dua kali sehari.


BABIES BLINKS

Set Babies Blinks dilengkapi dengan Glutacoll Soap, Whitening Blink Serum, Antibiotik Day Cream dan Magic Night Cream khusus untuk meningkatkan kecerahan kulit serta menyingkirkan cela seperti kedutan, jerawat dan parut seterusnya menyerlahkan keremajaan dan kejelitaan wajah anda secara semulajadi.


HARGA PASARAN: RM85.00
HARGA CUN DEHEART: RM70.00


KEBAIKAN BABIES BLINKS

  •          Membantu memelihara kelembapan kulit
  •          Meningkatkan kehalusan dan kelembutan kulit wajah
  •          Meningkatkan kecerahan kulit
  •          Mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  •          Mengecilkan liang pori
  •          Menghapuskan bintik-bintik hitam
  •          Menyingkir sel kulit mati
  •          Mencegah penghasilan jerawat
  •          Mengurangkan kesan parut, kedutan dan garis-garis halus
  •          Mengatasi masalah kulit kusam, berminyak dan berjeragat
  •          Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV)

KANDUNGAN BABIES BLINKS

Susu: Susu kaya dengan kalsium yang membantu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat, mengurangkan risiko serangan kanser serta mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit. Susu turut berupaya memperbaiki tona kulit agar lebih sekata, mengecilkan liang pori, mempercepatkan pemulihan luka, menyingkir sel kulit mati di samping membantu mengurangkan kesan alahan, kedutan dan garis-garis halus seterusnya menyerlahkan kejelitaan kulit.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga yang tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga berfungsi memelihara kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata. Madu juga mampu menggalakkan pemulihan luka dan memudarkan parut di samping membantu masalah kulit.
Glutathione: Glutathione atau Gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, glycerin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
Tomato: Tomato mampu mengecilkan liang pori, menghapuskan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada permukaan kulit seterusnya membantu mengekang pertumbuhan jerawat di samping mengatasi masalah kulit kusam dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).

CARA PENGGUNAAN BABIES BLINKS

Siang:
  1.      Cuci muka dengan Glutacoll Soap.
  2.      Setelah wajah dilap kering, sapu dan ratakan Whitening Blink Serum pada seluruh muka sehingga ia meresap ke dalam kulit.
  3.      Sapukan Antibiotik Day Cream pada muka dan leher.
Malam:
  1.      Cuci muka dengan Glutacoll Soap.
  2.      Setelah wajah dilap kering, sapu dan ratakan Whitening Blink Serum pada seluruh muka sehingga ia meresap ke dalam kulit.
  3.      Sapukan magic Night Cream pada muka dan leher.
  4.      Gunakan setiap malam sebelum tidur.