Sabtu, 26 April 2014

NOUR AIN BEAUTY SET 3 IN 1


Beauty  Set Nour Ain dilengkapi dengan Beauty Soap, UV+ Foundation dan Night Cream yang dirumus khusus untuk memelihara kecantikan kulit wajah. Ia mampu menyingkir cela di samping membantu anda memiliki kulit wajah yang tampil lebih muda dan berseri.

Kandungan:    
  1. Beauty Soap (70 gm)
  2. UV+ Foundation (10 gm)
  3. Night Cream (10 gm)

 Harga: RM 52 FREE POSTAGE

KHASIAT BEAUTY CARE SET NOUR AIN

Beauty Soap Nour Ain
  • Membersihkan wajah tanpa mengeringkan kulit
  • Membantu mengawal kadar minyak pada kulit
  • Membantu membersihkan liang pori yang tersumbat
  • Mengekalkan kelembutan dan kehalusan kulit
  • Membantu mencerahkan kulit wajah
UV+ Foundation
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Mencegah proses penuaan kulit
Night Cream Nour Ain
  • Memudarkan kesan parut, jeragat dan jerawat
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengatasi masalah kulit kusam
  • Mengimbangi tona kulit agar lebih sekata
  • Memelihara kelembapan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Tidak mengelupaskan kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

CARA PENGGUNAAN BEAUTY CARE SET NOUR AIN

  1. Cuci wajah dengan Beauty Soap dan keringkan. Gunakan setiap pagi dan malam.
  2. Siang: Sapu dan ratakan UV+ Foundation pada wajah dan leher.
  3. Malam: Sapukan Night Cream secara nipis pada wajah dan leher.
  4. Disyorkan untuk menggunakan Facial Toner sebelum menyapu UV+ Foundation mahupun Night Cream pada kulit untuk kesan yang optima.

TESTIMONI





Isnin, 14 April 2014

Bedak Mak Andam (Jamu Jelita)


Serlahkan seri wajah anda dengan Bedak Mak Andam yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan pancaran UV di samping mengawal kadar minyak pada permukaan kulit yang merupakan punca utama kepada jerawat.
Bedak Mak Andam hadir dengan 2 pilihan warna: Natural dan Sawo Matang.
Harga: RM25.90  RM24 postage rm6

Khasiat Bedak Mak Andam

  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan pancaran UV
  • Menyerlahkan keanggunan dan kesegaran wajah
  • Mengawal kadar minyak pada permukaan kulit sekaligus membantu mengurangkan dan mencegah penghasilan jerawat
  • Tahan lama serta tidak cair, berminyak dan menyumbat liang pori
  • Wajah tampil lebih sempurna tanpa kesan bercapuk, bertepung dan lebam
  • Sesuai untuk semua jenis kulit dan jantina

Kandungan Bedak Mak Andam

Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral metamorfik yang terdiri daripada magnesium silikat yang terhidrat serta sering digunakan dalam industri farmaseutikal dan kosmetik. Ia berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.
Mica: Mica merupakan sejenis mineral silikat yang sering digunakan dalam bidang kosmetik sebagai pigmen atau bahan pewarna seperti di dalam produk bedak asas dan pewarna kuku. Ia mampu menambah sinar dan kilauan pada permukaan kulit sekaligus membantu menghalus dan menyerlahkan seri kulit.
Magnesium Stearate: Magnesium stearate atau garam magnesium merupakan antara bahan yang sering digunakan dalam produk kosmetik. Ia mampu menangkis air dan menyerap lebihan minyak seterusnya membantu produk yang digunakan kekal lebih lama pada kulit terumanya kulit berminyak. Selain itu, magnesium stearate turut berupaya menyerlahkan seri kulit wajah di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
Serbuk Nylon: Serbuk Nylon bukan sahaja berupaya mengurangkan kesan cela dan kedutan, malah membantu menyerap minyak sekaligus mengurangkan lebihan minyak pada permukaan kulit agar kulit wajah anda tampil lebih segar dan berseri.
Zink Oksida: Zink oksida merupakan sejenis sebatian bukan organik yang berupaya mengatasi masalah kulit seperti kegatalan dan luka di samping melindungi kulit daripada penuaan pramatang dan kerosakan akibat pancaran radiasi ulttraungu (UV) sekaligus membantu mengurangkan risiko serangan kanser kulit.
Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksida yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas sekaligus membantu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai agen anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
Methylparaben: Sebatian yang turut dipanggil methyl-4-hydroxybenzoate ini juga merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi mikrobiotik yang boleh merosakkan sesuatu produk.

Cara Penggunaan Bedak Mak Andam

  1. Cuci wajah dan sapukan penyegar dan pelembap pada kulit terlebih dahulu
  2. Sapu dan ratakan Bedak Mak Andam pada seluruh wajah
  3. Sesuai untuk semua jenis kulit


Jumaat, 11 April 2014

Royal Detox Platinum


Royal Detox Platinum diperkaya dengan ramuan semulajadi seperti daun Senna, buah pic dan gelenggang yang mampu menyingkir toksin di dalam tubuh sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan serta menyerlahkan keanggunan wajah anda.
Kandungan: 20 uncang.

HARGA: RM135.00 FREE POSTAGE

Khasiat Royal Detox Platinum

  • Membantu menyingkirkan toksin dari tubuh badan
  • Membantu memelihara kecantikan dan kesihatan kulit
  • Membekalkan tenaga kepada tubuh badan
  • Melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman
  • Membantu mengurangkan berat badan berlebihan
 

Kandungan Royal Detox Platinum

Pic: Buah pic tinggi kandungan antioksidan yang berupaya melindungi sel kulit dan tubuh daripada kerosakan selain membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu, buah pic turut kaya dengan sumber Vitamin A, C, E dan K serta potassium, fosforus, zink, kalsium dan magnesium. Nutrien-nutrien tersebut terbukti berupaya memelihara kesihatan kulit, menggalakkan pertumbuhan tisu kulit, menyahtoksin, serta membantu menentang serangan kanser.
Daun Senna (Cassia Angustifolia): Selain membantu melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman, daun Senna juga berupaya mengatasi masalah kulit serta menggalakkan pertumbuhan semula sel tubuh.
Gelenggang (Cassia Alata): Gelenggang merupakan sejenis tumbuhan renek yang berupaya mengatasi masalah kulit seperti kegatalan dan eczema di samping membantu mengurangkan tahap kolestrol darah serta melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan.
Maltodextrin: Sebatian yang dihasilkan daripada kanji ini terdiri daripada molekul glukosa yang berupaya membantu membekalkan karbohidrat dan tenaga kepada tubuh bahan dan menstabilkan tahap gula dalam darah sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit diabetes.
Gula Kastor: Selain menambahkan lagi rasa manis dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan dan kulit wajah.

Cara Penggunaan Royal Detox Platinum

  1. Bancuh 1 uncang Royal Detox Platinum bersama 200 ml air kosong
  2. Kacau hingga larut atau goncang bersama shaker dan minum dengan segera
  3. Minum setiap malam sebelum tidur
  4. Digalakkan mengambil Royal Slim Lishuo Magic untuk hasil yang ketara.


Perla Chocolate Milk


Perla Chocolate Milk menggabungkan serbuk mutiara yang merupakan bahan pelembap semulajadi yang amat baik untuk kulit bersama gabungan kolagen, vitamin C dan Habbatus Sauda yang berkesan bagi membantu menyerlahkan keanggunan dan keremajaan kulit anda dari dalam.
Kandungan: 20 uncang
Harga: RM65 FREE POSTAGE

Perla Chocolate Milk turut mengandungi L-Cysteine Hydrochloride Monohydrate yang berupaya membantu meningkatkan kecerahan kulit di samping membantu memperbaiki struktur kulit agar ia lebih halus, anjal dan gebu.

Khasiat Perla Chocolate Milk

  • Meningkatkan kecerahan warna kulit
  • Melembap dan menghaluskan kulit
  • Menyerlahkan keremajaan kulit
  • Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, kedutan dan kerosakan akibat pancaran radiasi UV
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Membantu melambatkan proses penuaan kulit

Kandungan Perla Chocolate Milk

Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan, kelembapan, dan kehalusan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan kanser kulit. Mutiara turut mampu mengatasi kegatalan serta mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan.
L-Cysteine Hydrochloride Monohydrate: Sebatian ini merupakan sejenis asid amino yang berperanan mencegah penghasilan pigmen melanin seterusnya membantu meningkatkan kecerahan kulit, di samping menggalakkan penghasilan glutathione yang bersifat antioksidan bagi mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan.
Kalsium: Kalsium bukan sahaja baik untuk tulang dan gigi, malah berupaya menyihatkan kulit. Kalsium membantu melindungi kulit daripada masalah kulit seperti eczema, radang dan jangkitan. Ia juga mampu membekalkan antioksidan yang berupaya mencegah kerosakan komponen kulit seperti kolagen seterusnya membantu mengekalkan kehalusan dan keanjalan kulit.
Coklat: Coklat berasal dari pokok koko yang bukan sahaja berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan dan memelihara kesihatan sistem kardiovaskular, malah mampu menyerlahkan seri kulit dan melindunginya daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV). Ia kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksida yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Selain itu, koko juga berupaya mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membantu menyahtoksin sekaligus membantu menyingkir sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat.
Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada krimer bukan tenusu. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
Gula: Selain menambahkan lagi rasa manis dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan dan kulit wajah.
Habbatussauda: Di samping memelihara kesihatan dalaman, Habbatussauda yang kaya dengan kandungan asid lemak ini turut berupaya memperbaiki tekstur kulit, mengekalkan kehalusan kulit serta membantu menyerlahkan lagi keremajaan kulit.
Betik: Buah yang kaya dengan vitamin C ini berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, ekzema dan psoriasis. Betik juga mampu membersih dan menghapuskan sel-sel kulit mati selain bertindak menghalus dan meremajakan kulit wajah anda.
Tomato: Tomato terbukti dapat mengecilkan pori-pori, menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping mengatasi masalah kulit kusam dan melindungi kulit daripada sinaran ultraungu yang boleh merosakkan kulit.
Vitamin C: Turut dikenali sebagai asid arkobik, vitamin C merupakan nutrien yang penting bagi rawatan kulit. Ia bersifat antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan proses penuaan kulit.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia berupaya meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit di samping menggalakkan proses pemulihan luka, mengurangkan kesan parut dan kedutan serta menentang proses penuaan kulit. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Cara Penggunaan Perla Chocolate Milk

  1. Bancuh 1 uncang Perla Chocolate Milk bersama secawan (150 ml) air panas
  2. Kacau hingga larut dan hidangkan
  3. Simpan di tempat yang sejuk dan kering.


Selasa, 8 April 2014

D-Derm Whitening Serum Qzara


D-Derm Whitening Serum Qzara

D-Derm Whitening Serum diperkaya dengan khasiat dari sumber semulajadi seperti Inca Inchi, asid sitrik dan alpha arbutin yang terbukti berkesan bagi membantu mencerahkan kulit dan menyingkir tanda-tanda penuaan sekaligus menyerlahkan lagi keanggunan dan keremajaan wajah anda.
Kandungan: 30 ml.
HARGA PASARAN: RM59.00
HARGA CUN DEHEART: RM50.00

Khasiat D-Derm Whitening Serum Qzara

  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Mengurangkan kesan parut jerawat
  • Mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan tanda-tanda penuaan
  • Menyerlahkan seri dan kejelitaan kulit wajah
  • Menyingkir cela yang merosakkan penampilan
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit

Kandungan D-Derm Whitening Serum

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
  • Vitamin A: Vitamin A berupaya merangsang lapisan dermis yang mengandungi kolagen, elastin dan saluran darah sekaligus membantu melancarkan peredaran darah ke permukaan kulit serta mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus. Selain itu, ia turut membantu meningkatkan kelembapan kulit, mengawal penghasilan jerawat dan kadar sebum atau minyak, menyingkir sel kulit mati seterusnya menghaluskan kulit dan memperbaiki tona kulit agar lebih sekata serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit dan mempercepatkan proses penuaan.
  • Minyak Inca Inchi (Plukenetia Volubilis): Minyak yang diekstrak dari biji Inca Inchi atau Sacha Inchi tinggi kandungan antioksida dan mengandungi asid lemak Omega 3 dan 6, asid amino serta vitamin A dan E yang membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping melindungi kulit daripada radang, kegatalan dan kerosakan.
  • Asid Benzoic: Sebatian organik yang dikategorikan sebagai asid karboksilik (carboxylic) yang terdiri daripada karbon bersama atom oksigen dan kumpulan hidroksil serta berperanan mencegah pembiakan bakteria dan kulat seterusnya membantu mengatasi masalah kulit.
  • Alpha Arbutin: Alpha Arbutin sering terkandung di dalam daun bearberi dan tumbuhan lain seperti mulberi dan blueberi bagi membantu meningkatkan kecerahan kulit dari dalam tanpa merosakkan lapisan kulit.
  • Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren dan limau. Ia berupaya menyingkir sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat seterusnya mengurangkan kesan penuaan, parut jerawat serta membantu memperbaiki struktur kulit. Asid sitrik turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menyingkir kotoran dari liang pori, di samping menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
  • Mulberi: Tumbuhan ini bersifat antioksidan yang berfungsi meneutralkan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan kulit dan membantu melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, ia juga berupaya mengatasi tona kulit yang tidak sekata, meningkatkan kecerahan kulit serta menghapuskan cela pada kulit.
  • Bearberi: Bearberi mengandungi arbutin yang bertindak mencerahkan kulit di samping tinggi kandungan antioksidan yang menentang radikal bebas sekaligus menghilangkan kesan penuaan. Bearberi juga membantu mengimbangi tona kulit agar lebih sekata, membantu mengatasi masalah kulit termasuk kulit sensitif dan alahan di samping melindungi dan memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).
  • Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada serangan bakteria.
  • EDTA: EDTA atau asid Ethylenediaminetetraacetic berfungi sebagai bahan penstabil yang membantu menggalakkan fungsi ramuan di dalam produk ini.
  • Butylene Glycol: Butylene Glycol berfungsi sebagai bahan pelarut di dalam produk ini bagi menyatukan ramuan di dalam sesuatu produk sekaligus menggalakkan fungsi setiap ramuan lain.
  • Cream Base: Krim asas merupakan antara bahan utama yang digunakan di dalam produk ini serta berupaya memelihara dan melindungi kulit di samping mengekalkan kelembapan kulit.
  • Potassium Sorbate: Potassium Sorbate merupakan sebatian sintetik yang bertindak untuk meningkatkan jangka hayat sesebuah produk tanpa mengubah rasa, bau atau warna produk tersebut. Ia memelihara produk penjagaan kulit daripada pencemaran yang disebabkan oleh kulat dan membolehkan produk ini digunakan untuk tempoh yang lama.
  • PEG-40: PEG-40 merupakan polimer yang berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi membantu menyatukan ramuan di dalam sesuatu produk sekaligus menggalakkan fungsi setiap ramuan lain.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.

Cara Penggunaan D-Derm Whitening Serum

  • Sapukan D-Derm Whitening Serum pada seluruh wajah
  • Gunakan setiap pagi dan malam untuk hasil yang efektif
  • Goncang sebelum guna
  • Untuk kegunaan luaran sahaja
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.

D-Derm Photoprotective Collagen Drink


D-Derm Photoprotective Collagen Drink diformulasi khusus untuk wanita Asia yang sentiasa terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV) yang boleh merosakkan kulit. Ia diperkaya dengan ramuan semulajadi yang kaya dengan khasiat bagi membantu menyerlahkan keanggunan dan keremajaan kulit anda dari dalam.
Kandungan: 15 paket.

HARGA: RM132 FREE POSTAGE
(WHATAPPS @ SMS 012-2597971FOR SPECIAL PRICE)



Khasiat D-Derm Photoprotective Collagen Drink

  • Melindungi kulit daripada radiasi ultraviolet (UV)
  • Mencegah penuaan kulit
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Meningkatkan metabolisme dan daya ketahanan tubuh
  • Membantu mengurangkan risiko serangan kanser
  • Memelihara sistem penghadaman dan pencernaan
  • Mengurangkan tahap kolestrol dan gula dalam darah
  • Menyegarkan tubuh badan.



 

Kandungan D-Derm Photoprotective Collagen Drink

NutroxSun: Nutroxsun merupakan kombinasi sebatian polyphenol yang diekstrak daripada buah citrus seperti limau dan daun rosemary. Ia tinggi kandungan antioksida bagi membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus melambatkan proses penuaan kulit, di samping membantu mencegah kerosakan kulit akibat radang dan pancaran radiasi ultraungu (UV).
L-Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti mampu mengatasi masalah kulit yang kemerahan, bersisik dan kering di samping membantu mempercepatkan pemulihan luka. Di samping itu, Gluta turut berupaya menyahtoksin dan meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang penuaan dan kerosakan sel.
Soluble Collagen Peptide: Kolagen larut air atau gelatin mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka, selain membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
Asid Hyaluron: Asid Hyaluron merupakan sejenis karbohidrat yang tinggi kandungan antioksidan. Selain berupaya mengukuhkan tisu penghubung dan menyihatkan deria penglihatan, asid hyaluron turut mampu mengekalkan kelembapan dan keremajaan kulit di samping membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraviolet (UV).
Isoflavon: Isoflavon merupakan agen antioksida dan bertindak sebagai phytoestrogen yang berperanan mengatasi gejala menopaus, melambatkan penuaan kulit, mengurangkan risiko kanser payudara, di samping meningkatkan kepadatan mineral tulang sekaligus mengatasi masalah osteoporosis.
Maitake: Maitake adalah sejenis cendawan yang sering terdapat di Jepun, Amerika dan Eropah. Ia kaya dengan vitamin B2 dan D2 serta potassium, kalsium, magnesium dan asid amino. Cendawan ini sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan Jepun bagi meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengurangkan kadar kolestrol dan gula dalam darah di samping membantu mengurangkan risiko serangan kanser.
Multi Vitamin Kompleks: Gabungan mineral ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Menurut pakar kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk membekalkan nutrisi penting dalam tubuh.
Multi Mineral Kompleks: Multi Mineral Kompleks amat penting bagi menggalakkan fungsi setiap organ di dalam tubuh. Ia melibatkan zink, klorin, magnesium, potassium dan lysine yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi keletihan otot, menstabilkan tekanan darah di samping menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit, selain menstabilkan enzim dan hormon dalam tubuh badan seterusnya menggalakkan pertumbuhan dan pemulihan tisu.
Asid Amino Kompleks: Asid amino merupakan sebatian organik yang berperanan menggalakkan fungsi organ, membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida untuk meneutralkan radikal bebas dalam tubuh badan, di samping menyeimbangkan protein dalam badan, dan melembap serta menghaluskan kulit.
Biji Anggur: Ramuan ini mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan penuaan.
Lycopene: Lycopene merupakan sebatian organik yang tergolong dalam kumpulan karotenoid dan berfungsi sebagai pigmen merah yang sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia tinggi kandungan antioksida bagi mengukuhkan sel membran sekaligus membantu menyingkir toksin dan mengekalkan kandungan nutrien di dalm tubuh.  Selain membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan barah payudara, lycopene juga melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari dan radiasi ultraviolet (UV) sekaligus mengekalkan keremajaan kulit.
Fructoseoligiosaccharide (FOS): Sebatian ini berfungsi sebagai pemanis alternatif yang turut berupaya menggalakkan penyerapan kalsium dalam tubuh serta memelihara sistem penghadaman.
Blackcurrant: Blackcurrant sarat dengan kandungan anthocyanin yang merupakan agen antioksida yang bertindak mencegah proses penuaan kulit manakala kandungan Omega-3 mampu mengekalkan kelembapan kulit serta mengatasi masalah kulit seperti radang dan kegatalan. Selain turut membekalkan tenaga kepada tubuh badan, blackcurrant juga kaya dengan kandungan vitamin C dan magnesium yang membantu menyegarkan tubuh badan dan menyihatkan kulit.

Cara Penggunaan D-Derm Photoprotective Collagen Drink

  1. Bancuh 1 paket D-Derm Photoprotective Collagen Drink bersama 200 ml air dan minum dengan segera
  2. Untuk 2 bulan pertama, ambil 1 hingga 2 paket sebelum makan atau sebelum tidur
  3. Untuk bulan seterusnya, ambil 1 paket sebelum makan atau sebelum tidur.