Selasa, 8 April 2014

D-Derm Whitening Serum Qzara


D-Derm Whitening Serum Qzara

D-Derm Whitening Serum diperkaya dengan khasiat dari sumber semulajadi seperti Inca Inchi, asid sitrik dan alpha arbutin yang terbukti berkesan bagi membantu mencerahkan kulit dan menyingkir tanda-tanda penuaan sekaligus menyerlahkan lagi keanggunan dan keremajaan wajah anda.
Kandungan: 30 ml.
HARGA PASARAN: RM59.00
HARGA CUN DEHEART: RM50.00

Khasiat D-Derm Whitening Serum Qzara

  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Mengurangkan kesan parut jerawat
  • Mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan tanda-tanda penuaan
  • Menyerlahkan seri dan kejelitaan kulit wajah
  • Menyingkir cela yang merosakkan penampilan
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit

Kandungan D-Derm Whitening Serum

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
  • Vitamin A: Vitamin A berupaya merangsang lapisan dermis yang mengandungi kolagen, elastin dan saluran darah sekaligus membantu melancarkan peredaran darah ke permukaan kulit serta mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus. Selain itu, ia turut membantu meningkatkan kelembapan kulit, mengawal penghasilan jerawat dan kadar sebum atau minyak, menyingkir sel kulit mati seterusnya menghaluskan kulit dan memperbaiki tona kulit agar lebih sekata serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit dan mempercepatkan proses penuaan.
  • Minyak Inca Inchi (Plukenetia Volubilis): Minyak yang diekstrak dari biji Inca Inchi atau Sacha Inchi tinggi kandungan antioksida dan mengandungi asid lemak Omega 3 dan 6, asid amino serta vitamin A dan E yang membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping melindungi kulit daripada radang, kegatalan dan kerosakan.
  • Asid Benzoic: Sebatian organik yang dikategorikan sebagai asid karboksilik (carboxylic) yang terdiri daripada karbon bersama atom oksigen dan kumpulan hidroksil serta berperanan mencegah pembiakan bakteria dan kulat seterusnya membantu mengatasi masalah kulit.
  • Alpha Arbutin: Alpha Arbutin sering terkandung di dalam daun bearberi dan tumbuhan lain seperti mulberi dan blueberi bagi membantu meningkatkan kecerahan kulit dari dalam tanpa merosakkan lapisan kulit.
  • Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren dan limau. Ia berupaya menyingkir sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat seterusnya mengurangkan kesan penuaan, parut jerawat serta membantu memperbaiki struktur kulit. Asid sitrik turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menyingkir kotoran dari liang pori, di samping menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
  • Mulberi: Tumbuhan ini bersifat antioksidan yang berfungsi meneutralkan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan kulit dan membantu melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, ia juga berupaya mengatasi tona kulit yang tidak sekata, meningkatkan kecerahan kulit serta menghapuskan cela pada kulit.
  • Bearberi: Bearberi mengandungi arbutin yang bertindak mencerahkan kulit di samping tinggi kandungan antioksidan yang menentang radikal bebas sekaligus menghilangkan kesan penuaan. Bearberi juga membantu mengimbangi tona kulit agar lebih sekata, membantu mengatasi masalah kulit termasuk kulit sensitif dan alahan di samping melindungi dan memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).
  • Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada serangan bakteria.
  • EDTA: EDTA atau asid Ethylenediaminetetraacetic berfungi sebagai bahan penstabil yang membantu menggalakkan fungsi ramuan di dalam produk ini.
  • Butylene Glycol: Butylene Glycol berfungsi sebagai bahan pelarut di dalam produk ini bagi menyatukan ramuan di dalam sesuatu produk sekaligus menggalakkan fungsi setiap ramuan lain.
  • Cream Base: Krim asas merupakan antara bahan utama yang digunakan di dalam produk ini serta berupaya memelihara dan melindungi kulit di samping mengekalkan kelembapan kulit.
  • Potassium Sorbate: Potassium Sorbate merupakan sebatian sintetik yang bertindak untuk meningkatkan jangka hayat sesebuah produk tanpa mengubah rasa, bau atau warna produk tersebut. Ia memelihara produk penjagaan kulit daripada pencemaran yang disebabkan oleh kulat dan membolehkan produk ini digunakan untuk tempoh yang lama.
  • PEG-40: PEG-40 merupakan polimer yang berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi membantu menyatukan ramuan di dalam sesuatu produk sekaligus menggalakkan fungsi setiap ramuan lain.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.

Cara Penggunaan D-Derm Whitening Serum

  • Sapukan D-Derm Whitening Serum pada seluruh wajah
  • Gunakan setiap pagi dan malam untuk hasil yang efektif
  • Goncang sebelum guna
  • Untuk kegunaan luaran sahaja
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan