Selasa, 8 April 2014

D-Derm Photoprotective Collagen Drink


D-Derm Photoprotective Collagen Drink diformulasi khusus untuk wanita Asia yang sentiasa terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV) yang boleh merosakkan kulit. Ia diperkaya dengan ramuan semulajadi yang kaya dengan khasiat bagi membantu menyerlahkan keanggunan dan keremajaan kulit anda dari dalam.
Kandungan: 15 paket.

HARGA: RM132 FREE POSTAGE
(WHATAPPS @ SMS 012-2597971FOR SPECIAL PRICE)



Khasiat D-Derm Photoprotective Collagen Drink

  • Melindungi kulit daripada radiasi ultraviolet (UV)
  • Mencegah penuaan kulit
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Meningkatkan metabolisme dan daya ketahanan tubuh
  • Membantu mengurangkan risiko serangan kanser
  • Memelihara sistem penghadaman dan pencernaan
  • Mengurangkan tahap kolestrol dan gula dalam darah
  • Menyegarkan tubuh badan.



 

Kandungan D-Derm Photoprotective Collagen Drink

NutroxSun: Nutroxsun merupakan kombinasi sebatian polyphenol yang diekstrak daripada buah citrus seperti limau dan daun rosemary. Ia tinggi kandungan antioksida bagi membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus melambatkan proses penuaan kulit, di samping membantu mencegah kerosakan kulit akibat radang dan pancaran radiasi ultraungu (UV).
L-Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti mampu mengatasi masalah kulit yang kemerahan, bersisik dan kering di samping membantu mempercepatkan pemulihan luka. Di samping itu, Gluta turut berupaya menyahtoksin dan meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang penuaan dan kerosakan sel.
Soluble Collagen Peptide: Kolagen larut air atau gelatin mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka, selain membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
Asid Hyaluron: Asid Hyaluron merupakan sejenis karbohidrat yang tinggi kandungan antioksidan. Selain berupaya mengukuhkan tisu penghubung dan menyihatkan deria penglihatan, asid hyaluron turut mampu mengekalkan kelembapan dan keremajaan kulit di samping membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraviolet (UV).
Isoflavon: Isoflavon merupakan agen antioksida dan bertindak sebagai phytoestrogen yang berperanan mengatasi gejala menopaus, melambatkan penuaan kulit, mengurangkan risiko kanser payudara, di samping meningkatkan kepadatan mineral tulang sekaligus mengatasi masalah osteoporosis.
Maitake: Maitake adalah sejenis cendawan yang sering terdapat di Jepun, Amerika dan Eropah. Ia kaya dengan vitamin B2 dan D2 serta potassium, kalsium, magnesium dan asid amino. Cendawan ini sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan Jepun bagi meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengurangkan kadar kolestrol dan gula dalam darah di samping membantu mengurangkan risiko serangan kanser.
Multi Vitamin Kompleks: Gabungan mineral ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Menurut pakar kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk membekalkan nutrisi penting dalam tubuh.
Multi Mineral Kompleks: Multi Mineral Kompleks amat penting bagi menggalakkan fungsi setiap organ di dalam tubuh. Ia melibatkan zink, klorin, magnesium, potassium dan lysine yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi keletihan otot, menstabilkan tekanan darah di samping menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit, selain menstabilkan enzim dan hormon dalam tubuh badan seterusnya menggalakkan pertumbuhan dan pemulihan tisu.
Asid Amino Kompleks: Asid amino merupakan sebatian organik yang berperanan menggalakkan fungsi organ, membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida untuk meneutralkan radikal bebas dalam tubuh badan, di samping menyeimbangkan protein dalam badan, dan melembap serta menghaluskan kulit.
Biji Anggur: Ramuan ini mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan penuaan.
Lycopene: Lycopene merupakan sebatian organik yang tergolong dalam kumpulan karotenoid dan berfungsi sebagai pigmen merah yang sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia tinggi kandungan antioksida bagi mengukuhkan sel membran sekaligus membantu menyingkir toksin dan mengekalkan kandungan nutrien di dalm tubuh.  Selain membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan barah payudara, lycopene juga melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari dan radiasi ultraviolet (UV) sekaligus mengekalkan keremajaan kulit.
Fructoseoligiosaccharide (FOS): Sebatian ini berfungsi sebagai pemanis alternatif yang turut berupaya menggalakkan penyerapan kalsium dalam tubuh serta memelihara sistem penghadaman.
Blackcurrant: Blackcurrant sarat dengan kandungan anthocyanin yang merupakan agen antioksida yang bertindak mencegah proses penuaan kulit manakala kandungan Omega-3 mampu mengekalkan kelembapan kulit serta mengatasi masalah kulit seperti radang dan kegatalan. Selain turut membekalkan tenaga kepada tubuh badan, blackcurrant juga kaya dengan kandungan vitamin C dan magnesium yang membantu menyegarkan tubuh badan dan menyihatkan kulit.

Cara Penggunaan D-Derm Photoprotective Collagen Drink

  1. Bancuh 1 paket D-Derm Photoprotective Collagen Drink bersama 200 ml air dan minum dengan segera
  2. Untuk 2 bulan pertama, ambil 1 hingga 2 paket sebelum makan atau sebelum tidur
  3. Untuk bulan seterusnya, ambil 1 paket sebelum makan atau sebelum tidur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan