Sabtu, 11 April 2015

SET SERI 7 PEMUTIHAN ZARRA

Set Seri 7 Pemutihan Zarra dilengkapi dengan Vit-C Serum Pencerah serta Pelindung SPF 55 yang merupakan solusi untuk kulit yang tampil lebih cerah dan berseri dalam masa 7 hari. Ia sesuai untuk kegunaan semua jenis kulit.
HARGA : RM78.00 TERMASUK POS

Kandungan
  • Seri 7 Vit-C Serum Pencerah (10 ml)
  • Pelindung SPF 55 (10 ml)

Kebaikan Set Seri 7 Pemutihan Zarra

  • Meningkatkan kecerahan kulit wajah
  • Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit
  • Merawat masalah kulit kering, kasar dan kusam
  • Membantu merawat masalah parut, jerawat dan jeragat yang menjejaskan penampilan
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Memperbaiki dan memperbaharui sel kulit
  • Melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat sinaran UV

Kandungan Set Seri 7 Pemutihan Zarra

Seri 7 Vit-C Serum Pencerah
Avocado (Persea Gratissima): Buah Avokado yang telah melalui proses hidrogenasi ini sebenarnya sarat dengan khasiat vitamin E yang berperanan memelihara, mencegah proses penuaan, melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Buah Avokado juga mampu merangsang pembentukan kolagen yang merupakan kandungan protein dalam tisu penghubung, di samping mengatasi penuaan kulit, serta menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
Jojoba (Simmondsia Chinensis): Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan masalah radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.
Biji Anggur (Vitis Vinifera): Ramuan ini mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan proses penuaan.
Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun ternyata mempunyai khasiat yang pelbagai bagi kulit, rambut serta kesihatan dalaman. Ia tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan kulit akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Di samping itu, vitamin E turut berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menjana tisu kulit bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut di samping membantu mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan rekahan pada kulit.
Ascorbyl Tetraisopalmitate: Sebatian ini merupakan sejenis vitamin C yang terhasil daripada asid askorbik dan asid isopalmitik. Ia bertindak sebagai antioksidan yang membantu mencegah proses penuaan di samping turut berupaya mengatasi masalah jerawat, meningkatkan kecerahan kulit serta mengekalkan kelembapan kulit anda dari dalam.
Sweet Almond (Prunus Amygdalus Dulcis): Sweet almond merupakan badam yang mempunyai rasa manis serta tumbuh dari pokok yang berbeza dari badam biasa. Ia mengandungi linolein, protein, vitamin dan mineral serta ternyata mampu mengekalkan kesegaran dan keremajaan kulit. Ia juga berupaya memelihara kelembapan kulit serta sesuai untuk kegunaan kulit kering dan sensitif.
Epal (Pyrus Malus): Buah epal yang bertindak sebagai agen antioksida ini kaya dengan pelbagai khasiat dari sumber vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menyingkirkan toksin, meningkatkan kehalusan, kelembapan dan kecerahan kulit, serta merawat masalah seperti parut, jerawat, jeragat, kulit kusam serta kedutan dan garis-garis halus pada kulit. Epal juga sarat dengan folat yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat di samping menyerlahkan keremajaan kulit.
Pelindung SPF 55
Air (Aqua): Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
Titanium Dioxide: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
Acrylates/Acrylamide Copolymer: Sebatian ini sering digunakan sebagai bahan penstabil dan pengemulsi yang berperanan melarutkan kandungan di dalam produk kosmetik
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
Biji Macadamia Ternifolia: Ramuan yang kaya dengan asid lemak ini bertindak sebagai emolien yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit anda seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering dan kasar.
Aluminium Hydroxide: Bahan mineral yang turut dipanggil alumina trihidrat ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan sinaran UV seterusnya mengekalkan keremajaan dan kecantikan kulit.
Asid Stearik: Asid stearik merupakan sejenis asid lemak dan sering terkandung di dalam bahan semulajadi seperti koko dan pokok shea. Ia berfungsi sebagai bahan pengemulsi di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Disodium Stearyl Sulfosuccinamate: Di samping bertindak melarutkan kandungan di dalam produk ini, ramuan ini berfungsi sebagai bahan pencuci yang dapat membersihkan permukaan kulit anda daripada kesan kotoran, minyak dan sel kulit mati.
Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
Styrene/Acrylates Copolymer: Sebatian sintetik ini berperanan membentuk filem di dalam produk penjagaan diri seterusnya membantu memelihara kehalusan kulit.
Caprylyl Glycol: Ia merupakan bahan silikon yang menjadikan tekstur kandungan produk ini lebih halus dan mudah untuk disapu pada permukaan kulit anda.
Minyak Putih (Mineral Oil): Minyak putih yang turut dikenali sebagai Paraffinum Liquidum ini terhasil daripada proses penyulingan petroleum serta berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus serta memulihkan luka pada kulit.
Polysorbate 85: Sebatian ini bertindak sebagai bahan pengemulsi dan bahan penstabil dalam produk kosmetik, selain berperanan menenang dan menyamankan kulit seterusnya mengekalkan kesegaran kulit anda.
Pewangi (Parfum): Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegarkan kulit wajah anda.
Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada kerosakan akibat jangkitan bakteria.
Methylisothiazolinone (MIT): MIT merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang boleh merosakkan produk ini.

Cara Penggunaan Set Seri 7 Pemutihan Zarra

Siang:
1. Cuci wajah sehingga bersih dan lapkan kering.
2. Sapu dan ratakan Vit-C Serum Pencerah pada permukaan kulit wajah dan leher.
3. Sapukan krim Pelindung SPF 55 pada seluruh wajah dan leher.
4. Gunakan Vit-C Serum Pencerah bagi menggantikan krim siang sekurang-kurangnya selama 7 hari berturut-turut untuk melihat perbezaannya.
Malam:
1. Cuci wajah sehingga bersih dan lapkan kering.
2. Sapu dan ratakan Vit-C Serum Pencerah pada permukaan kulit wajah dan leher.
3. Gunakan Vit-C Serum Pencerah bagi menggantikan krim malam sekurang-kurangnya selama 7 hari berturut-turut untuk melihat perbezaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan