Sabtu, 11 April 2015

SET TRIAL SYMA BEAUTY SKINCARE

Set Trial Syma Beauty Skincare dilengkapi dengan rawatan asas kecantikan kulit seperti Syma Beauty Soap, Syma Baby Skin Cream with SPF35 serta Syma Night Cream yang bertindak membekalkan nutrien yang mencukupi untuk kecantikan dan kesihatan kulit wajah yang berpanjangan.
Kandungan:
  1. Syma Beauty Soap (50 g)
  2. Syma Baby Skin Cream with SPF35 (5 g)
  3. Syma Night Cream (5 g)

Kebaikan Set Trial Syma Beauty Skincare

  • Membekalkan nutrien untuk kecantikan kulit wajah
  • Memelihara keremajaan kulit
  • Meningkatkan keanjalan dan kelembutan kulit
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Merawat dan memulihkan sel kulit
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Mengatasi masalah pigmentasi serta tona kulit yang tidak sekata
  • Membantu anda merawat masalah kulit kering, kasar dan kusam
  • Mengatasi masalah radang, parut, jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam
  • Mengawal masalah kulit berminyak
  • Melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Menjadikan wajah anda kekal segar, gebu dan awet muda

Kandungan Set Trial Syma Beauty Skincare

Syma Beauty Soap (Facial Cleanser)
Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan kulit sekaligus dapat membantu mengatasi masalah kulit yang kasar dan kering. Selain itu, masalah seperti sensitif, jerawat mahupun luka dan calar pada kulit juga dapat diatasi seterusnya membantu menaikkan seri kulit anda.
Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
Glutathione: Glutathione atau gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, gliserin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
Bitter Melon (Momordica Charantia): Buah yang berasal dari India ini dapat membantu merawat masalah kulit seperti radang, jangkitan dan luka.
Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegar serta mengharumkan anda.
Syma Baby Skin Cream with SPF35
Minyak Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
L-Glutathione: Glutathione atau gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, gliserin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
Isononyl Isononanoate: Isononyl isononanoate adalah sejenis asid lemak yang bertindak sebagai emolien bagi membantu mengekalkan tahap kelembapan bibir anda seterusnya mencegah daripada bibir yang kering dan mengelupas.
Minyak Putih (Mineral Oil): Minyak putih yang turut dikenali sebagai Paraffinum Liquidum ini terhasil daripada proses penyulingan petroleum serta berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus serta memulihkan luka pada kulit.
Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
Lilin Lebah (Beeswax): Beeswax atau cera alba merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
Syma Night Cream
Air Suling (Deionised Water): Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
Cetyl Alcohol: Alkohol cetyl bertindak mengawal masalah minyak pada permukaan kulit anda samping membantu mengekalkan kelembapannya.
Cetearyl Alcohol: Sebatian ini merupakan bahan pengemulsi yang berperanan menggalakkan fungsi ramuan lain di dalam produk ini selain membantu menyerap kelembapan ke dalam lapisan kulit, selain melindungi kulit daripada radang.
Glyceryl Stearate: Glyceryl stearate yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan ini berperanan sebagai bahan pengemulsi produk kosmetik dan penjagaan diri seperti losyen, krim dan minyak sapu di samping membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
Minyak Putih (Mineral Oil): Minyak putih yang turut dikenali sebagai Paraffinum Liquidum ini terhasil daripada proses penyulingan petroleum serta berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus serta memulihkan luka pada kulit.
Isopropyl Palmitate: Sebatian yang terhasil daripada minyak kelapa ini bertindak mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit di samping membantu mengurangkan kesan garis-garis halus. Ia juga berupaya mengecilkan liang pori seterusnya menjadikan kulit anda tampil lebih halus dan licin.
Likuoris (Licorice): Turut dikenali dengan nama Akar Manis, tumbuhan ini tinggi kandungan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Di samping berupaya mengatasi masalah kulit dan radang, likuoris juga mampu memudarkan bintik-bintik hitam, parut dan kesan cela serta membantu meningkatkan kecerahan kulit.
Mulberi: Mulberi kaya dengan kebaikan dari sumber vitamin A, C dan E yang ternyata baik untuk rawatan kecantikan kulit. Selain bertindak sebagai anti-penuaan, mulberi yang bersifat antioksidan ini juga berupaya memelihara kehalusan dan kelembutan kulit.
Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit agar kulit tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, ia turut berupaya membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit seperti kegatalan dan kulit kering, memudarkan kesan parut serta mengekalkan kelembapan kulit.
Arbutin: Arbutin merupakan ekstrak dari buah bearberi yang berperanan sebagai agen pencerah kulit semulajadi tanpa merosakkan sel kulit. Ia turut berupaya membantu mengimbangi tona kulit agar lebih sekata, membantu mengatasi masalah kulit termasuk kulit sensitif dan alahan di samping melindungi dan memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).
Glutathione: Glutathione atau gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, gliserin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
Germall Plus: Germall plus merupakan bahan pengawet yang mengandungi propylene glycol, dazolidinyl urea dan iodopropynyl butylcarbamate serta bertindak melindungi kandungan produk ini daripada kerosakan.
Sodium PCA (Asid Pyrrolidone Carboxylic): Sebatian ini merupakan asid amino yang bertindak memelihara kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering dan kasar.

Cara Penggunaan Set Trial Syma Beauty Skincare

Siang:
1. Cuci wajah dengan Syma Beauty Soap (Facial Cleanser).
2. Setelah wajah dilap kering, sapu dan ratakan Syma Baby Skin Cream with SPF35 secara nipis pada permukaan kulit wajah.
Malam:
1. 1. Cuci wajah dengan Syma Beauty Soap (Facial Cleanser).
2. Setelah wajah dilap kering, sapu dan ratakan Syma Night Cream secara nipis pada permukaan kulit wajah.
3. Gunakan setiap kali sebelum tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan