Sabtu, 11 April 2015

ZARRA PEMBERSIH WAJAH

Pembersih Wajah Zaria Red keluaran Zarra merupakan asas rawatan kecantikan kulit yang bukan sahaja bertindak membersihkan kulit daripada kesan minyak dan sel kulit mati, malah dapat membantu meningkatkan kecerahan serta kesegaran kulit wajah seterusnya menaikkan lagi seri wajah anda.

Kandungan: 80 g

HARGA : RM38.00 FREE POS

 

Kebaikan Pembersih Wajah Zaria Red

  • Menanggalkan kotoran, minyak berlebihan dan sel kulit mati pada kulit muka
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Memelihara kehalusan dan kelembutan kulit
  • Mengatasi masalah jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat jangkitan kuman mahupun sinaran UV
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Menyegarkan lagi wajah anda

Kandungan Pembersih Wajah Zaria Red

Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
Sodium Cocoyl: Selain bertindak sebagai bahan penstabil di dalam produk penjagaan diri, sebatian yang terhasil daripada minyak kelapa ini juga berupaya menyingkirkan kotoran pada kulit serta memelihara kelembapan kulit.
Isethionate: Sebatian ini bertindak sebagai agen pembuih serta sering menjadi antara ramuan dalam produk penjagaan diri seperti sabun dan pencuci muka.
Cocamidopropyl Betaine: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa bersama bahan pengemulsi, dimethylaminopropylamine ini berfungsi sebagai agen pembuih di samping membantu memelihara kelembapan kulit wajah anda.
Glycerin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
Cocamide DEA: Sebatian ini terhasil daripada kombinasi asid lemak dan minyak kelapa bersama diethanolamine serta berfungsi sebagai agen pembuih dan pengemulsi dalam produk mandian seperti pencuci muka bagi melarutkan kandungannya bagi menggalakkan fungsi dan keberkesanan produk tersebut, di samping membantu berupaya menanggalkan kekotoran pada bahagian kulit.
Sodium PCA (Asid Pyrrolidone Carboxylic): Sebatian ini merupakan asid amino yang bertindak memelihara kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering dan kasar.
PEG-120 Methyl Glucose Dioleate: Ramuan ini bertindak sebagai bahan pengemulsi di dalam produk kecantikan dan penjagaan diri di samping membantu memelihara kelembapan kulit wajah anda.
Sweet Almond (Prunus Amygdalus): Sweet almond merupakan badam yang mempunyai rasa manis serta tumbuh dari pokok yang berbeza dari badam biasa. Ia mengandungi linolein, protein, vitamin dan mineral serta ternyata mampu mengekalkan kesegaran dan keremajaan kulit. Ia juga berupaya memelihara kelembapan kulit serta sesuai untuk kegunaan kulit kering dan sensitif.
Avokado (Presea Gratissima): Buah Avokado sarat dengan khasiat vitamin E yang berperanan memelihara, mencegah proses penuaan, melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Buah avokado juga mampu merangsang pembentukan kolagen yang merupakan kandungan protein dalam tisu penghubung seterusnya membantu mengatasi penuaan kulit, serta menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren dan limau. Ia berupaya menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat seterusnya mengurangkan kesan penuaan, parut jerawat serta membantu memperbaiki struktur kulit. Asid sitrik turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menyingkirkan kotoran dari liang pori, di samping menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
Pewangi (Parfum): Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegarkan kulit wajah anda.
Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang berperanan sebagai bahan pengawet dan penstabil serta membantu menentang serangan kulat, bakteria dan mikroorganisme lain yang boleh merosakkan sel kulit.
Methylisothiazolinone: Methylisothiazolinone merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang boleh merosakkan produk ini.

Cara Penggunaan Pembersih Wajah Zaria Red

1. Goncang botol Pembersih Wajah Zaria Red Sebelum Guna.
2. Picit sedikit gel pada jari dan urut pada keseluruhan wajah dan leher.
3. Bilas dengan air.
4. Gunakan setiap pagi dan malam.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan