Selasa, 25 Mac 2014

Post Natal Massage Oil

Post Natal Massage Oil merupakan minyak urut yang menghimpunkan minyak kelapa dara bersama gabungan herba terpilih bagi membantu melancarkan peredaran darah, membuang angin, mengempiskan perut, mengetatkan kembali rahim, mempercepatkan pengeluaran darah nifas di samping memulihkan kesegaran tubuh ibu selepas bersalin.
HARGA: RM65.00  RM55.00

Khasiat Post Natal Massage Oil

  • Membantu memulihkan kesegaran badan ibu selepas bersalin
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin dalam badan
  • Membantu membakar lemak yang berlebihan
  • Membantu mengempiskan perut perut
  • Mengetatkan kembali rahim
  • Mempercepatkan pengeluaran darah nifas
  • Meredakan tekanan dan kemurungan
 

Kandungan Post Natal Massage Oil

Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia rendah kalori dan bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, melindungi tubuh daripada radikal bebas, merawat sel kulit serta membasmi bakteria dan kuman. Minyak kelapa dara juga bertindak menghalus dan melembapkan kulit serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu yang akan merosakkan kulit.
Habbatussauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 serta bersifat antioksidan ini turut berupaya membekalkan tenaga jasmani, melancarkan peredaran darah, mencegah kerosakan sel, mengatasi masalah pernafasan serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah dari serangan penyakit.
Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping menyingkir bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Selain itu, halia turut berupaya menyahtoksin, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.

Cara Penggunaan Post Natal Massage Oil

  1. Sapukan pada bahagian tubuh yang dikehendaki
  2. Urut bahagian tersebut perlahan-lahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan