Khamis, 6 Mac 2014

Apa itu Rahsia Wanita?


Rahsia Wanita diadun daripada herba-herba yang berkualiti dan berkhasiat tinggi seperti bunga mawar, sirih, Pueraria Mirifica, limau purut, habbatussauda, kurma, madu dan akar serapat.

Rahsia Wanita merupakan minuman eksklusif untuk kaum Hawa yang mementingkan kesihatan dan kejelitaan secara menyeluruh.


HARGA RM30.00
POSTAGE 
RM6 SEMENANJUNG
RM9 SABAH/SARAWAK





Khasiat Rahsia Wanita

  • Menyerlahkan seri wajah
  • Melancarkan kitaran haid
  • Membasmi bau yang kurang enak di bahagian intim
  • Mengatasi masalah keputihan dan senggugut
  • Meningkatkan tahap tenaga dan stamina
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Menentang penuaan
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Mengukuhkan otot dan sendi
  • Meningkatkan keupayaan mental

Kandungan Rahsia Wanita

Air Bertapis: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan lagi kulit.
Sirih (Piper Betle): Sirih yang juga dikenali dengan nama saintifiknya, Piper betle banyak ditanam di sekitar Asia Selatan dan Asia Tenggara serta mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia terutamanya wanita. Daun sirih mampu mengatasi masalah keputihan dan bau yang tidak enak pada bahagian intim wanita. Herba ini bersifat antiseptik dan mampu menentang jangkitan mikroorganisme di samping merawat masalah jerawat dan kegatalan.
Bunga Mawar: Bunga mawar sememangnya berkesan untuk menyegarkan tubuh badan di samping menyerlahkan seri kulit dimana ia mmembantu mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Di samping itu, bunga mawar turut berperanan mengatasi kerosakan dan mengekalkan kesihatan rambut di samping meredakan tekanan.
Kacip Fatimah: Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisa pumila terbukti dapat mengatasi masalah keputihan di samping melancarkan kitaran haid wanita. Selain itu juga, kacip Fatimah mampu menyegarkan bahagian intim dan meningkatkan fungsi seksual wanita selain mencegah daripada penyakit.
Manjakani: Manjakani yang bersifat astringen, berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita.
Pueraria Mirifica: Sering didapati di kawasan tanah tinggi di Utara Thailand, Pueraria Mirifica berperanan sebagai anti-penuaan dan mengurangkan garis-garis halus pada wajah sejak berabad lamanya. Ia juga berupaya untuk menganjal dan membesarkan payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, jerawat, kulit kasar dan kering serta simptom-simptom menopause. Ia turut melangsingkan tubuh badan dan merawat keputihan, menambah tenaga, mencantikkan rambut selain merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim wanita.
Bilberry: Bilberi telah digunakan di Eropah sejak bertahun-tahun lamanya untuk merawat penyakit buah pinggang. Bilberi yang mampu membasmi kulat, bakteria dan protozoa ini mengandungi anthocyanoside yang merupakan agen antioksida yang bertindak meningkatkan sel darah merah, serta mengukuhkan dinding kapilari darah. Selain itu juga, bilberi mampu menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan deria penglihatan serta mengukuhkan lagi tisu badan.
Beri Goji: Ramuan ini kaya dengan nutrien yang mampu menukar makanan kepada tenaga dan bukannya lemak. Seperti contoh, B1 (Thiamin) yang terkandung dalam beri Goji penting untuk menukar karbohidrat kepada tenaga. Kalsium pula menurunkan kadar lemak dalam tubuh. Manakala asid Amino L-glutamine dalam beri Goji dapat meningkatkan pembuatan tisu otot tanpa lemak. Beri Goji juga mengandungi bahat mineral seperti zat besi, magnesium, fosforus, kalium, selenium, natrium dan zink yang penting untuk metabolisme tubuh. Beri Goji juga menguatkan kelenjar yang bertanggungjawab untuk menjana tenaga, pertumbuhan otot.
Limau Purut: Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksida dan membantu mengekalkan kelembapan kulit selain berupaya meneutralkan radikal bebas akibat pencemaran bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan. Limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan kesan gigitan serangga, di samping melancarkan peredaran darah sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman.
Maquiberry: Tumbuhan ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan di samping membantu mencegah pengoksidaan kolestrol dalam darah, sekaligus memelihara kesihatan sistem kardiovaskular. Maquiberry juga bertindak sebagai antiradang selain menggalakkan fungsi organ dalaman.
Habbatussauda: Habbatus Sauda terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan  tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols, minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah pernafasan, dan memelihara kesihatan hati. Ramuan ini juga bertindak meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tahap stamina, serta berfungsi sebagai anti-oksida.
Kunyit: Kunyit bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah kuman, menyembuhkan luka, mengatasi gatal dan penyakit kulit. Ia juga sering digunakan sebagai skrub untuk mencerahkan kulit, menghilangkan bintik hitam, serta menegangkan kulit.
Kurma: Kajian sains telah membuktikan kurma sememangnya mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan kita. Kurma berfungsi membekalkan tenaga dan meningkatkan daya tumpuan. Ia juga kaya dengan serat dan potassium untuk menyeimbangkan kandungan air dalam badan, mencegah dari mendapat barah usus, membantu dalam pembinaan otot serta memelihara sistem saraf.
Madu: Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga, madu merupakan sumber tenaga, stamina dan pemulih tenaga untuk badan kita selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Ia juga mampu membasmi bakteria, merawat dan memulihkan luka. Selain itu, madu yang bersifat antioksida dan antibakteria ini turut berperanan melembutkan kulit dan menghasilkan tona wajah yang sekata selain mengurangkan jerawat, menyembuhkan luka dengan, memudarkan parut dan menyihatkan tubuh badan.
Roselle: Roselle kaya dengan zat vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit, di samping mengandungi serat yang bertindak melancarkan sistem penghadaman di samping meningkatkan keanjalan kulit. Di samping itu, Roselle yang sarat dengan vitamin B1, B2 dan D ini juga berupaya mengurangkan kadar kolestrol jahat sekaligus memelihara kesihatan jantung. Ia turut membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengatasi masalah kulit dan insomnia, menstabilkan tekanan darah, melancarkan sistem pencernaan, melambatkan penuaan kulit serta meningkatkan keupayaan mental.
Delima: Buah delima mengandungi kalium yang berperanan memelihara kesihatan jantung, serta dan zat tanin yang berfungsi melancarkan sistem pencernaan, membasmi bakteria, dan turut berfungsi sebagai agen anti-oksida dan antidotum yang merawat keracunan.
Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan turut terkandung dalam hidupan lain seperti ikan dan mamalia. Ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Ia berupaya melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, kolagen juga berperanan membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan tahap metabolisme tubuh badan.
Akar Serapat: Akar Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar Serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.
Glutathione: Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, kulit bersisik (psoriasis), kulit kering (neurodermatitis), dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.

Cara Penggunaan Rahsia Wanita

  1. Ambil 2 sudu besar sebelum sarapan pagi dan makan malam
  2. Goncang sebelum minum
  3. Simpan di dalam peti sejuk setelah botol dibuka
  4. Jauhi dari sinaran matahari
  5. Jauhi dari kanak-kanak
  6. Hentikan penggunaan jika terdapat reaksi alahan

Rahsia Wanita sesuai untuk semua wanita termasuk yg belum berkhawin,semasa dalam pantang, dan menyusu.. 

**DILARANG UTK WANITA MENGANDUNG**


TESTIMONI PRODUK BAGI PENGGUNA YANG TELAH BERJAYA





PRODUK WANITA YANG MAMPUMEMBAIKI STRUKTUR TUDUH LUARAN DAN DALAMAN WANITA SERTA MENCEGAH BAKTERIA SERTA BAU BADAN SERTA MENINGKATKAN TENAGA BADAN. 

BERITA BAIK untuk wanita-wanita yang nak sentiasa nampak cantik, berseri-seri dan wajah tidak kusam...JADILAH seperti testimoni ini, Hubby puji lagi tu...

Sesuai ke tuk anak dara juga???Ia,Sudah pasti!..Ia sesuai untuk anak dara mahupun yang sudah berkahwin, remaja, wanita berpantang mahupun yang menyusukan baby.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan