Sabtu, 27 September 2014

Mummylicious Susu Kambing Asli

Mummylicious Susu Kambing Asli diformulasi daripada susu kambing asli bersama gabungan makanan Sunnah yang berkhasiat dan bermutu tinggi khusus untuk membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optima. Ia sesuai untuk hidangan seisi keluarga termasuk golongan kanak-kanak seawal usia 1 tahun.
Kandungan: 750 gm

HARGA PASARAN: RM42.90
HARGA DEHEART: RM38.00


Mummylicious Susu Kambing Asli bukan sahaja mengandungi makanan Sunnah seperti madu, delima dan kurma yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan, malah turut diperkaya dengan kebaikan AHA (Asid Hidroksi Alpha) yang sering terkandung di dalam susu serta buah-buahan seperti anggur, epal dan limau bagi memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.
Kandungan DHA (Asid Dokosaheksanoik) yang turut terkandung di dalam produk ini pula merupakan asid lemak Omega-3 yang sering terkandung di dalam minyak ikan laut dalam ini pula berupaya menggalakkan fungsi sistem saraf, meningkatkan kecergasan dan kecerdasan minda.

Khasiat Mummylicious Susu Kambing Asli

  •          Meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit
  •          Meningatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh badan
  •          Meningkatkan kecerdasan minda
  •          Memelihara kesihatan kulit
  •          Membantu melancarkan proses penghadaman dan pencernaan
  •          Memelihara kesihatan organ dalaman
  •          Menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan
  •          Kaya dengan khasiat dari sumber semulajadi serta makanan Sunnah
  •          Tanpa lemak trans serta bau hamis

Kandungan Mummylicious Susu Kambing Asli

Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan luka, mengukuhkan tulang dan otot,  dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain menyingkirkan toksin dalam tubuh serta melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan, susu kambing juga berupaya membantu proses tumbesaran dan perkembangan mental di samping mengukuhkan tulang dan otot, menstabilkan tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.
Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada krimer bukan tenusu. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
Sukros: Sukros merupakan pemanis alternatif yang sering terkandung di dalam buah-buahan dan ia mengandungi karbohidrat yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.
Delima:Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan dan serangan kanser. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, buah delima juga berupaya memelihara kesihatan jantung, melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
Za’faran:Turut dikenali dengan nama Saffron, ia kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, menstabilkan tekanan darah dan mengatasi masalah sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak menentu di samping membantu menggalakkan keupayaan mental, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, kering dan kusam seterusnya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah proses penuaan dan kerosakan sel.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
Buah Tiin: Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.
Zaitun: Minyak zaitun kaya dengan asid lemak tak tepu yang berupaya mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, strok dan radang. Ia juga bersifat antioksidan bagi membantu menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel di samping menstabilkan tahap kolestrol. Minyak yang diesktrak daripada buah zaitun ini juga berupaya memelihara kecantikan kulit dan kesihatan rambut serta mengurangkan risiko serangan kanser.

Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mencegah kerosakan sel, mengatasi masalah pernafasan serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.

Cara Penggunaan Mummylicious Susu Kambing Asli

Dewasa:
  1.      Bancuh 2 sudu Mummylicious Susu Kambing bersama 120 ml air suam.
  2.      Kacau hingga larut dan ia sedia untuk dinikmati.
  3.      Simpan di tempat yang kering dan dingin.
Kanak-Kanak:
  1.      Tuangkan 2 sudu Mummylicious Susu Kambing Asli ke dalam 120 ml air suam.
  2.      Kacau atau goncang botol hingga sebati dan ia sedia untuk diminum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan