Isnin, 23 Disember 2013

Opa Snow


HARGA PASARAN: RM 90.00
HARGA CUN DE'HEART: RM63.00 (termasuk harga postage)

Produk pelansingan tubuh keluaran OPA Snow ini menghimpunkan ramuan semulajadi seperti Jojoba, Kopi Hijau dan Halia yang mengandungi pelbagai khasiat yang membantu pembakaran lemak di samping menghaluskan lagi kulit anda. Tiada lagi senaman yang meletihkan dan pil kurus yang berbahaya. Dengan semburan Slimming Foam OPA Snow,impian anda untuk memiliki tubuh yang langsing dan menawan satu kenyataan.


Khasiat

  • Membakar lemak dalam tubuh
  • Menganjalkan kulit
  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan berat badan dengan mudah
  • Mencegah kedutan dan garis-garis halus
  • Membentuk tubuh yang menawan.

Kandungan

Air: Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan lagi kulit.
L-Carnitine: L-carnitine merupakan asid amino semulajadi yang sering terkandung dalam daging, produk tenusu, kekacang, sayuran serta bijiran dan berfungsi menukar lemak kepada tenaga. Ia mengandungi agen anti-oksidan serta mampu mengurangkan jisim lemak, meningkatkan jisim otot, dan mengurangkan keletihan.
Polypeptide: Bahan ini merupakan rangkaian linear tunggal asid amino yang menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting serta struktur sel.
Green Coffee Powder: Kopi hijau merupakan biji kopi yang belum dipanggang. Kajian pakar menyokong idea bahawa asid klorogenik dan asid caffeic dalam biji kopi hijau boleh mempunyai kesan yang baik pada penurunan berat badan berikutan perencatan asid lemak sintase, peningkatan dalam metabolisme serta pengoksidaan lemak dalam tubuh.
Carnitine Caffeine: Kajian pakar merumuskan bahawa kafein Carnitine mampu menggalakkan pengoksidaan lemak dalam tubuh serta meningkatkan daya ketahanan tubuh.
Hyaluronan: Asid Hyaluronan merupakan karbohidrat yang terdapat dalam tubuh manusia, juga boleh dihasilkan di dalam makmal. Selain melancarkan bahagian sendi dan otot dalam badan, Hyaluronan merupakan pelembap kulit yang baik, di samping membantu memelihara tisu kulit.
Jojoba Wax Peg-120 Esters: Ester Jojoba melalui proses penghidrogenan minyak Jojoba yang berfungsi untuk melembapkan kulit tubuh di samping membuang sel-sel kulit mati.
PEG-40 Hydrogenated Castor Oil: Minyak Castor yang terhasil melalui proses hidrogenasi dengan minyak buah jarak ini berfungsi sebagai pengemulsi dan menggalakkan penghasilan buih serta mengurangkan risiko kulit kering.
Hydroxyethyl Cellulose: Sebatian ini merupakan ejen penebalan dan berfungsi sebagai gel. Ia juga menggalakkan penghasilan buih sabun.
Vanillyl Butyl Ether: Vanillyl Butyl Ether berfungsi sebagai agen pemanasan yang lebih ringan untuk produk penjagaan tubuh.
Pewangi: Slimming Foam Opa Snow mengandungi pewangi dari ekstrak bunga mawar yang mengharumkan.
Methyl Parahydroxybenzoate: Turut dipanggil methyl paraben, ia juga merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi mikrobiotik.
Coenzyme Q10: Turut dikenali sebagai ubiquinone, ia merupakan sebatian yang hampir serupa dengan vitamin dan terkandung dalam tubuh manusia dan juga boleh dihasilkan dalam makmal. Coenzyme Q10 berfungsi sebagai antioksida yang berperanan mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya. Selain itu, ia juga berupaya menukar makanan kepada tenaga dalam badan.


Cara Penggunaan

  1. Gunakan dua kali sehari, pada waktu siang dan sebelum tidur malam
  2. Goncang sebelum menggunakan Slimming Foam
  3. Pegang botol secara menegak dan sembur pada bahagian yang dikehendaki dengan jumlah yang mencukupi
  4. Bersihkan bahagian tersebut selepas 3 hingga 5 minit bergantung kepada tempoh ia menyerap ke dalam kulit
  5. Untuk kegunaan luaran sahaja. Hentikan penggunaan jika terdapat kesan kemerahan pada kulit yang rosak dan sensitif
  6. Jauhkan dari kulit yang rosak, terbakar, ataupun mengalami kegatalan
  7. Jauhkan dari mata. Jika terkena pada mata, basahkan mata dengan segera
  8. Produk ini mudah terbakar. Jauhkan dari sumber api dan sinaran matahari
  9. Jauhkan dari kanak-kanak
  10. Simpan di tempat yang kering 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan